Thursday, September 11, 2008

What makes me love JDrama than Kdrama!!

Hallo my blog!!
well, well, well.. this topik sebenarnya dah lama aku tulis kat blog friendster aku..
tapi aku edit skit part2 yg x payah aku cerita kat sini!1
so, aper2 contoh mmg kebanyakan dari drama2 lama.. so, aper2 jerlah.. yg penting nih antara pendapat n pemerhatian aku sendiri.. bukan secara profesional.. hehehe!!

Apa topic kita pada hari ini ya? Boleh dikatakan aku ni memang minat JDorama.. pada saper yang tak tahu apa itu JDorama.. Meh aku bagi tau..yang dah tau buat2 baru tahu k? JDorama adalah drama2 Jepun… ala..yang zaman sekolah aku dulu famous citer GTO, Beach Boys, Innocent Witch, Love Generation, Love Revolution, Hero etc… kalo aku nak sebut..banyak sangat.. tapi x semua drama Jepun ni aku suka..cam Innocent Witch, S.O.S, n Fighting Girl contohnya.. aku x minat sgt.. jln2 cerita camtuh mmg ada buhsan sikit..setakat tengok sekali cukup bg aku..tapi kalau macam GTO, Power Office Girl (Shomuni), Mukodono, Son-in-law 2002 (Mukodono 2002), Dragon Zakura, Gokusen, Nobuta wo Produce, Kurosagi, You Are My Pet, Hero, Wonderful Life and of coz drama yang baru release tahun lepas My Boss My Hero adalah antara2 drama yang aku suker…mungkin jalan cerita dia kot…drama2 dari Korea pun aku minat jugakla…tapi x sebanyak JDorama..mungkin sebab….di bawah ni ada aku senaraikan perbezaan JDorama ngan Drama Korea


JDorama
Selalunya antara 8 – 13 episod..kekadang ada gak yang samapi 15 episod..so, beli collection vcd atau dvd x semahal drama Korea

KDrama
Antara 15-25 episod..panjangnyer..x per2…telenovela latin lagik panjang….


JDorama
Pelbagai tema cerita..kisah cucu yakuza jd cikgukah, pasal pompuan ofiz yang terbuanglah, yakuza kena masuk sekolahlah, budak bodoh kena push amik exam masuk U, ketua geng motor jadi cikgu, artis yang tipu identity sebenar, penipu yang menipu penipu, kisah bekas atlit kena coach team bebudak sekolah rendah, kisah pendakwa raya, kisah doctor melayan karenah pesakit, masalah keluarga angkat dan banyak lagi yang buatkan kita tak buhsan..mostly amik citer dari manga popular kat Jepun…

KDrama
Drama korea? X habis2 cinta tiga segi.. cinta tiga segi..cinta tiga segi..memang x sah lah..sebab bersegi2 lah yang buat episod dia lebih panjang agaknya…jarang nak jumpa drama Korea yang lain temanya…kalau filem, mungkin ada kot…tapi Drama kurang…then, character heroin selalunya yang kelam kabut, cemerkap, miskin, aktif cari duit dan byk cakap.. hero plak stok kaya2, berjawatan tinggi n pakai kot selalu..kira taraf hero tuh mesti lebih dari heroin…huh!! Dah boleh agak dah jalan citer..kalo takder pihak ketiga.. bukan drama Korealah tu..


JDorama
Rahsia watak utama akan terbongkar pada akhir2 episod. Mesti punyerlah…mcm dlm Gokusen Yankumi cucu Yakuza terkantoi, My Boss My Hero Sasaki Makio yang dilakonkan Tomoya Nagase terbongkar sbb gangster lain buat hal kat sekolah dia..Hero lakonan Takuya Kimura last2 dia kena benti keje kat sana..Shuji yang hipokrit diketahui oleh rakan sekelas dan dipulaukan dlm Nobuta wo Produce…mesti punyerlah..cayalah…Drama Jepun mmg camni…

KDrama
Rahsia hubungan atau kaitan keluarga hero n heroin akan terbongkar pada tengah2 episod.. Winter Sonata contohnya..dah tau parent dorg dlu sama sekolah pun x abis2 gak…Autumn In My Heart pun sama..even dah tau adik beradik angkat masa dulu pun..tetap nak bersama…


JDorama
Banyak kebetulan yang akan menemukan watak2..mcm GTO lah…dan2 nampak anak murid kat hotel tuh, dan2 student dia lalu situ nak gi tuisyen, dan2 leh jumpa leh tau kedudukan student dia katner…mmg hebat menipu…dalam Gokusen plak…boleh plak jumpa anak murid kat snuker..apa si Yankumi tuh buat kat sana? Selamatkan anak murid kat kawasan pergaduhan yg hanya anak musuh dan anak murid jer tau..camner dial eh tau ek lokasi anak murid dia? Guna friendfinder maxis ker? Menipu betulla…tapi naper aku tetap suker JDorama ek? Hahahaha….

KDrama
Gi mana2 pun mesti ada stesyen bas… Maybe diorang nak kempen ‘Gunakan kenderaan awam’ kot….bagus tuh…kurang kesesakan lalulintas kat negara dorang..tapi memalam masa puncak ker? Banyak kenderaan ker guna memalam?…kalau hero naik bas sekali ngan awek..mesti awek tertidur dlm bas pastu lentok kat bahu hero tuh…kalau heroyang hantar awek kat stesyen bas plak..hantar jer..memalam plak tuh…citer dorg selalu tunjuk pompuan balik memalam kan? Isk3….x baik anak dara balik lewat malam tau? Hantar lah rumah terus..apa punya hero daa…


JDorama
1 kes 1 episod …
Selalunya memang camtuhlah JDorama…satu konflik/kes/ pertelingkahan/penyedaran atau apa sajalah akan diselesaikan dalam setiap episod…tu yang puas hati sikit..

KDrama
1 kes tak diketahui berapa episod..selalunya akhir2 episod sumer nak dekat2 serentak gakla kes selesai..Biasalah…citer dia mmg x sama ngan JDorama..aku rasa telenevola Indon, Thai, Filipina ngan Taiwan pun camnih gak… Malaysia pun x ketinggalan…


JDorama
Tiap episod ada mesej…selalunya mesti ada…macam ayat ni “Saya ingin jadi guru kerana saya ingin pergi ke sekolah lagi,” “Kalau prinsip kau yang lemah kena ikut yang kuat, kau jangan lupa kat dunia ni ada orang yang lebih kuat dari kita,” “Melarikan diri lagi? Sentiasa melarikan diri dari sesuatu yang kita tidak pandai atau suka adalah orang yang lemah,”..hm… so, korang tahu sendiri kana apa mesej yang nak disampaikan?

KDrama
Tiap episod hero/heroin akan dapat mesej yang heroin/hero bersama pihak ketiga…mesej kat sini tak semestinya sms..kekadang heroin ternampak sendiri..atau..pihak ketiga sendiri yang bagi tau heroin/hero..biasalah..sajer nak bagi jeles…contoh drama FullHouse, Princess Hour, Sassy Girl Chun Hyang, Lovers in Paris, My Lovely Samsoon dan banyaklah lagi…Mesej sebenar? Jangan jadi pihak ketiga..atau lepaskanlah kalo ada pihak ketiga….hehehehe


JDorama
Theme song atau ost selalunya pelakon sendiri yang nyanyi..kebanyakan JDorama guna 2 buah lagu..untuk sesuatu keadaan..Mcm lagu Daite senorita by Tomohisa(OST Kurosagi), Sheisun Amiigo by Shuji to Akira (OST Nobuta wo Produce), Sorafune by TOKIO (OST My Boss My Hero), Your Smile by KAT-TUN (OST Suply)

KDrama
Theme song memang jenis feeling2 gitu.. Kebanyakan Drama Korea guna 3-5 buah lagu dalam satu drama…kalau ada lebih tuh…biaslahkan? Ada lagu2 nih…x jalan bisnes dorang kang..mungkin citer berepisod-episod..so, kena ada banyak lagu baru puas hati…hahaha…


JDorama
Mesti ada part berlari mencari watak utama..Lari plak memang tahap 50km/j…selalunya akhir2 episod lah..cam Gokusen 1 dan 2 (Selalu dia lari cari anak murid dia, tapi last2 episod anak murid lari cari dia), MBMH(Budak2 kelas Tomoya Nagase cari dia last2 episod), Kurosagi (YamaPi nak lari cari org yang menipu bapak dia..dia gak kena kejar ngan polis), Neverland (Ken Miyake lari nak jumpa mak angkat dia, Mukodono 2002 Tomoya Nagase lari kat show adik ipar dia) dan sewaktu dengannya…

KDrama
Mesti ada part berus gigi..tengah gosok gigi boleh bercakap plak tuh? Nak muntah aku….cth…Fullhouse, All About Eve (Eh ader ker? Aku x ingatlah citer nih ada ker tak), Oh! Feel Young dan banyak lagi….Kalo takder part berus gigi pun, mesti ada part dlm kereta…hahahah..yg nih mesti.. sumer KDrama aku tau ada…hero yg drive tuh plak..tangan kiri mesti menyiku kat area cermin then tgn kanan pegang stereng kul 12…. Ada style la…


JDorama
Bahasa Jepun lagi sedap dengar dan best…suka biler watak pompuan yang buat2 chomelz..pastu kena jadi garang…nampak perbezaannyer…(Mcm kakak ipar Sakuraba Yuichiro dalam Mukodono 2003 ngan Gokusen…Dalam Shumoni pun best gak..part si saper erk yg pandai tilik tuh? Luper plak nama dia…time dia nge’date’ otoko yg hansamu tuh lemah lembut yg amat..biler menilik…buat suara yg poyo tuh..hehe..lawak jer…).. senang cakaplah aku lagik suker dengar bahasa jepun dari Korea.. even sebenarnya dedua bahasa nih aku suka!!

KDrama
Bahasa Korea tak baper best sgt…kalau kat TV gi alih bahasa Mandarin plak…buhsan!! Tapi aku naper tengok gak? Poyo tul anak Bebit nih..


JDorama & Drama Korea
Yang pasal ni dua2 aku suka…suka aper? Suka tengok fesyen rambut dorang..x kira lelaki atau perempuan…dorg mmg pandai menggayakan rambut tuh..kekadang aku geram tul ngan rambut dorg..awat lembut banget? Mcm Gokusen..semua anak murid dia ada mcm2 fesyen rambut..dlm Nobuta wo Produce plak siap explain jenis2 rambut yang mcm mana org anggap..botak jenis baik ngan botak jenis gangster..tengok My Boss My Hero plak..student pompuan ke laki ke…tetap lawo…Si Tomoya Nagase pun sama..rambut dia lawo tul..geram aku…Tengok Drama Korea plak? Majoriti fesyen rambut Hero lebih kurang jer..tapi rambut heroin ngan watak2 sampingan yang lain (pompuan yer?) mmg pelbagai..mcm actress2 Jepun gak…alahai..lawanya rambut mereka….

Ha….itulah di antara kelebihan2 dan kekurangan2 drama dari Jepun mahupun Korea yang aku dah tengok…kalo dulu aku suka tengok JDorama tanpa amik tahu sangat nama actor or actress dorang..tapi skrg..sejak aku asyik jumpa pelakon yang sama dalam mcm2 Jdorama..aku mula nak amik tau and cuba mengenali mereka dengan lebih dekat lagi walaupun mereka tidak pernah sama sekali mengenali aku …hahahahaha…..mcm Tomoya Nagase aku start kenal dia dlm Drama Mukodono..5 tahun yang lalu aku kenal dia..tapi dia? Sampai sekarang…nama aku pun dia tak pernah dengar..inikan nak kenal…Ayumi Hamasaki!!!!!!!!!! Berani ko ngorat ore no Tomo-chan desu …isk3..cedihnyer…lepas tuh…jumpa YamaP (Tomohisa Yamashita) dalam Dragon zakura.. jumpa plak Jin Akanishin ngan Kamenashi Kazuya dlam Gokusen…kame ngan YamaP berganding bahu dlm Nobuta wo Produce buatkan aku bertambah suka sbb perbezaan watak yang ketara oleh Kame-chan dlm kedua2 drama tuh…Drama Kurosagi yang mengisahkan seorang penipu yang hanya menipu penipu2 yang dilakonkan oleh YamaP juga telah membuatkan aku bertambah tergila2kan si mamat Jepun nih..lagilah bila aku tau dia lahir tahun yang sama ngan aku…argh!!!!!!!!!!!!! Atashi wa anata ga suki desu!!!!! Aishiteru Yamapi…

oklah sampai sini jerlah aku mengarut tambah mencarut mengenai JDorama yang aku suka…nanti kalo aku ada drama yang aku tengok nanti aku membebel lah lagik kat sini ek? Itu pun kalo aku ada masa atau aku Rajin…hehehehe…

So, pada sesaper yang mempunyai minat yang sama ngan aku tuh..aper lagik… kongsi2 lah citer2 yang best..kalo ada drama2 yg korang dah tengok..n korang nak suggest.. lagilah dialu2kan… silakan2.. douzo2.. sebelum ni aku dah berjaya buatkan Azah(member gua kat Ipoh) minat citer Gokusen, Nobuta and My boss My Hero plak…hehehehe….

k, daa… n Assalamualaikum my Blog…

8 comments:

Anonymous said...

Waah! Sama kayak aku! Aku juga suka Jdrama karena ceritanya beragam. Banyak jenisnya, nggak terpatok sama cinta aja. Kalo drama Korea sebagian besar itu cinta segitiga, atau Cinta Segi 4! Haha, inget FULL HOUSE, Delightful CHun Hyang, Wonderful Life, Witch yoo hee, dan masih banyak lagi? Itu semua cinta segi 4 kan? Haha, boseen banget!
oh, sama aku setuju tentang Kdrama lebih panjaaaang! Haha, kalo Jdrama singkat, padat, dan nggak draggy. Kalo Kdrama draggy... banget. Apalagi TAiwanese drama. Tambah lamaa nontonnya! :D
Cuma akhir-akhir ini yang sering ditayangin di Indo drama Taiwan sama Korea, nih. Hiks....! Drama Jepun mahal kali yah..?

yandevass said...

Iya Reda.. udah kita ini emangnya JDorama Otaku dong!!! Drama Taiwan ada sesetangahnya yg aku suka.. namun, kebelakangan ini, drama Taiwan byk yg dipetik dr manga jepun.. sama seperti HanaKimi, Meteor Garden,ISWAK dan byk lagi... sama seperti dalam manga.. ngak ada olahan ceritanya langsung!! nggak kreatif seperti Japan!!
Drama Jepun emang mahal... di negara aku juga hanya ada stau sahaja stesyen TV swasta yg dapat menayangkannya.. ProDai baru aja abis tayangannya 2 seminggu lalu!! tapi nggak ada SP nya.. tapi, satu episod setiap minggu!! n sposornya Gatsby!! ia brand dari jepun juga!! tapi aku nggak dapat nonotn kerana aku di kampus.. nggak apa2 kerna drama yg ditayangkan udah lama aku nonton!! hehehe!! mafin aku YamaPi.. heheheh!! :-p

Anonymous said...

Wah, udah nonton drama taiwan yang hana kimi yah? Hii.. Aku nggak suka! Soalnya pemeran utama perempuan agak aneh! Haha, aku lebih suka Maki-chan. Haha.. Iya, kalau T-drama kebanyakan langsung dari manga, nggak dimodifikasi lagi, ya? Jadinya bosen. haha.
Kalo di Indonesia paling TV Swasta kabel yang bisa tayangin drama ini. Soalnya mahal banget ya?
Haha, di Indo juga. Kebanyakan drama yang ditayangin udah ditonton dari DVD, atau udah download. Jadinya kebanyakan nggak ada yang nonton! Haha!

yandevass said...

iya.. sama saja di malaysia juga begitu... byk yg udah di download.. tapi di malaysia nggak ramai yg rajin menowload kayak aku2 gini!!
jadik apa sahaja yg dipertontonkan merka terima aja... lebih2 lagik suri2 rumah.. hehehe!!

ProDai baru aja tamat tayang di salah satu stesen TV swasta di malaysia.. di forum2 yg aku masuk, mereka baru bermula meminati Yamapi.. hahahaha!! itu sebabnya mereka terima aja drama2 yg udah lama..

HanaKimi Taiwan mmg serupa dgn manga. kerana setahu aku, Taiwan boleh ambil ceritanya terus langsung nggak boleh diubah2 kerana hak cipta dari jepun nggak benerin!! jadi mereka harus ambil jalan ceritanya sama seperti dalam manga!1 terus kita rasa seperti mereka nggak kreatif!! tapi meteror garden (HanaDan versi taiwan) aku lagik suka dgn f4 nyer.. ia udah tenti jerry yan, vic zou dan temen2nya lebih ganteng dari matsuJun n da geng!! tapi aku ngaku kok yg perbelanjaan lebih besar utk drama udah pasti dr jepun!!

Anonymous said...

Wah betul banget! Aku kalau F4 lebih suka taiwan daripada Matsujun dkk. Soalnya Jerry yan cs lebih ganteng! Dan aku masih ingat dulu aku suka banget nonton drama ini. Sampai nangis. Haha.
Kalau di Indonesia juga sedikit yang suka download-download. Dan kebanyakan yang suka drama Korea. Karena yang populer emang drama Korea sih, pada jarang nonton drama Jepang. Makanya aku sering ngajak temen2 buat nonton drama Jepang. Hahaha! Mau menularkan virus drama Jepang. :D
Ooh, gitu ya Hana Kimi Taiwan nggak boleh merubah cerita? Iya sih mereka nggak kreatif, dan cenderung lamaaaaa banget. Udah gitu Ella (Mizuki versi TAiwan) Aneeeeh banget. Hahaha. Aktingnya kurang bagus! Haha! :D

yandevass said...

wah.. kayaknya kamu serupa banget dengan aku Reda... hahaha!!
tapi aku nggak nagis masa nonotn meteor garden..haha.. kamu tahu nggak? aku malahan suka banget nyanyi ending drama itu yg tajuknya wo ming bai itu..teman aku yg berbangsa china suka banget dengar aku nyanyi lagu itu.. hahahaha!!
Iya, emangnya drama korea lebih popular di sini sama juga dgn indonesia.. aku juga slalu suggest pada teman2 aku untuk drama yg aku suka.. (Of coz Jdorama)
ohh. ella S.H.E itu dalam HanaKimi TW? iya.. kayaknya dia overacting kan dalam drama itu.. tapi aku suka juga lihat actingnya Wu Chun dan Jiro.. cuma.. dramanya nggak sebagus HanKimi Japan..kerana seperti yg telak aku katakan.. mereka (TW) nggak dibenarkan mengubah apa2 jalan cerita sebenar..

Anonymous said...

Iya, akting Jiro sama Wu chun nggak ada masalah, tapi Ella itu lho.. Hahaha. Sampe ketawa aku. XD
Iya, temen-temen aku juga kebanyakan lebih ke Korean Drama, soalnya sejak demam Full House, terus Sassy Girl Choon Hyang, itu semuanya yang bikin mereka ketagihan sama Korean drama. Dan Jdrama nggak terkenal lagi di sini. PAdahal waktu tahun 90-an Jdrama terkenal banget di Indonesia. Nggak tahu deh kenapa berhenti tayang. Mungkin karena krisis ekonomi kali ya yang bikin smua harga jadi mahaaal. Haha!

ney said...

haha~~~aku jd stalker terhebat kau yan...lalala~~wah kamu ni hebat nih...bisa omong2an Indonesia ya...

p/s-aku lah pie~~hahaha~~