Hallo my blog!!
well, well, well.. this topik sebenarnya dah lama aku tulis kat blog friendster aku..
tapi aku edit skit part2 yg x payah aku cerita kat sini!1
so, aper2 contoh mmg kebanyakan dari drama2 lama.. so, aper2 jerlah.. yg penting nih antara pendapat n pemerhatian aku sendiri.. bukan secara profesional.. hehehe!!
Apa topic kita pada hari ini ya? Boleh dikatakan aku ni memang minat JDorama.. pada saper yang tak tahu apa itu JDorama.. Meh aku bagi tau..yang dah tau buat2 baru tahu k? JDorama adalah drama2 Jepun… ala..yang zaman sekolah aku dulu famous citer GTO, Beach Boys, Innocent Witch, Love Generation, Love Revolution, Hero etc… kalo aku nak sebut..banyak sangat.. tapi x semua drama Jepun ni aku suka..cam Innocent Witch, S.O.S, n Fighting Girl contohnya.. aku x minat sgt.. jln2 cerita camtuh mmg ada buhsan sikit..setakat tengok sekali cukup bg aku..tapi kalau macam GTO, Power Office Girl (Shomuni), Mukodono, Son-in-law 2002 (Mukodono 2002), Dragon Zakura, Gokusen, Nobuta wo Produce, Kurosagi, You Are My Pet, Hero, Wonderful Life and of coz drama yang baru release tahun lepas My Boss My Hero adalah antara2 drama yang aku suker…mungkin jalan cerita dia kot…drama2 dari Korea pun aku minat jugakla…tapi x sebanyak JDorama..mungkin sebab….di bawah ni ada aku senaraikan perbezaan JDorama ngan Drama Korea
JDoramaSelalunya antara 8 – 13 episod..kekadang ada gak yang samapi 15 episod..so, beli collection vcd atau dvd x semahal drama KoreaKDramaAntara 15-25 episod..panjangnyer..x per2…telenovela latin lagik panjang….JDoramaPelbagai tema cerita..kisah cucu yakuza jd cikgukah, pasal pompuan ofiz yang terbuanglah, yakuza kena masuk sekolahlah, budak bodoh kena push amik exam masuk U, ketua geng motor jadi cikgu, artis yang tipu identity sebenar, penipu yang menipu penipu, kisah bekas atlit kena coach team bebudak sekolah rendah, kisah pendakwa raya, kisah doctor melayan karenah pesakit, masalah keluarga angkat dan banyak lagi yang buatkan kita tak buhsan..mostly amik citer dari manga popular kat Jepun…KDramaDrama korea? X habis2 cinta tiga segi.. cinta tiga segi..cinta tiga segi..memang x sah lah..sebab bersegi2 lah yang buat episod dia lebih panjang agaknya…jarang nak jumpa drama Korea yang lain temanya…kalau filem, mungkin ada kot…tapi Drama kurang…then, character heroin selalunya yang kelam kabut, cemerkap, miskin, aktif cari duit dan byk cakap.. hero plak stok kaya2, berjawatan tinggi n pakai kot selalu..kira taraf hero tuh mesti lebih dari heroin…huh!! Dah boleh agak dah jalan citer..kalo takder pihak ketiga.. bukan drama Korealah tu..JDoramaRahsia watak utama akan terbongkar pada akhir2 episod. Mesti punyerlah…mcm dlm Gokusen Yankumi cucu Yakuza terkantoi, My Boss My Hero Sasaki Makio yang dilakonkan Tomoya Nagase terbongkar sbb gangster lain buat hal kat sekolah dia..Hero lakonan Takuya Kimura last2 dia kena benti keje kat sana..Shuji yang hipokrit diketahui oleh rakan sekelas dan dipulaukan dlm Nobuta wo Produce…mesti punyerlah..cayalah…Drama Jepun mmg camni…KDramaRahsia hubungan atau kaitan keluarga hero n heroin akan terbongkar pada tengah2 episod.. Winter Sonata contohnya..dah tau parent dorg dlu sama sekolah pun x abis2 gak…Autumn In My Heart pun sama..even dah tau adik beradik angkat masa dulu pun..tetap nak bersama…JDoramaBanyak kebetulan yang akan menemukan watak2..mcm GTO lah…dan2 nampak anak murid kat hotel tuh, dan2 student dia lalu situ nak gi tuisyen, dan2 leh jumpa leh tau kedudukan student dia katner…mmg hebat menipu…dalam Gokusen plak…boleh plak jumpa anak murid kat snuker..apa si Yankumi tuh buat kat sana? Selamatkan anak murid kat kawasan pergaduhan yg hanya anak musuh dan anak murid jer tau..camner dial eh tau ek lokasi anak murid dia? Guna friendfinder maxis ker? Menipu betulla…tapi naper aku tetap suker JDorama ek? Hahahaha….KDramaGi mana2 pun mesti ada stesyen bas… Maybe diorang nak kempen ‘Gunakan kenderaan awam’ kot….bagus tuh…kurang kesesakan lalulintas kat negara dorang..tapi memalam masa puncak ker? Banyak kenderaan ker guna memalam?…kalau hero naik bas sekali ngan awek..mesti awek tertidur dlm bas pastu lentok kat bahu hero tuh…kalau heroyang hantar awek kat stesyen bas plak..hantar jer..memalam plak tuh…citer dorg selalu tunjuk pompuan balik memalam kan? Isk3….x baik anak dara balik lewat malam tau? Hantar lah rumah terus..apa punya hero daa…JDorama1 kes 1 episod …Selalunya memang camtuhlah JDorama…satu konflik/kes/ pertelingkahan/penyedaran atau apa sajalah akan diselesaikan dalam setiap episod…tu yang puas hati sikit..KDrama1 kes tak diketahui berapa episod..selalunya akhir2 episod sumer nak dekat2 serentak gakla kes selesai..Biasalah…citer dia mmg x sama ngan JDorama..aku rasa telenevola Indon, Thai, Filipina ngan Taiwan pun camnih gak… Malaysia pun x ketinggalan…JDoramaTiap episod ada mesej…selalunya mesti ada…macam ayat ni “Saya ingin jadi guru kerana saya ingin pergi ke sekolah lagi,” “Kalau prinsip kau yang lemah kena ikut yang kuat, kau jangan lupa kat dunia ni ada orang yang lebih kuat dari kita,” “Melarikan diri lagi? Sentiasa melarikan diri dari sesuatu yang kita tidak pandai atau suka adalah orang yang lemah,”..hm… so, korang tahu sendiri kana apa mesej yang nak disampaikan?KDramaTiap episod hero/heroin akan dapat mesej yang heroin/hero bersama pihak ketiga…mesej kat sini tak semestinya sms..kekadang heroin ternampak sendiri..atau..pihak ketiga sendiri yang bagi tau heroin/hero..biasalah..sajer nak bagi jeles…contoh drama FullHouse, Princess Hour, Sassy Girl Chun Hyang, Lovers in Paris, My Lovely Samsoon dan banyaklah lagi…Mesej sebenar? Jangan jadi pihak ketiga..atau lepaskanlah kalo ada pihak ketiga….heheheheJDoramaTheme song atau ost selalunya pelakon sendiri yang nyanyi..kebanyakan JDorama guna 2 buah lagu..untuk sesuatu keadaan..Mcm lagu Daite senorita by Tomohisa(OST Kurosagi), Sheisun Amiigo by Shuji to Akira (OST Nobuta wo Produce), Sorafune by TOKIO (OST My Boss My Hero), Your Smile by KAT-TUN (OST Suply)KDramaTheme song memang jenis feeling2 gitu.. Kebanyakan Drama Korea guna 3-5 buah lagu dalam satu drama…kalau ada lebih tuh…biaslahkan? Ada lagu2 nih…x jalan bisnes dorang kang..mungkin citer berepisod-episod..so, kena ada banyak lagu baru puas hati…hahaha…JDoramaMesti ada part berlari mencari watak utama..Lari plak memang tahap 50km/j…selalunya akhir2 episod lah..cam Gokusen 1 dan 2 (Selalu dia lari cari anak murid dia, tapi last2 episod anak murid lari cari dia), MBMH(Budak2 kelas Tomoya Nagase cari dia last2 episod), Kurosagi (YamaPi nak lari cari org yang menipu bapak dia..dia gak kena kejar ngan polis), Neverland (Ken Miyake lari nak jumpa mak angkat dia, Mukodono 2002 Tomoya Nagase lari kat show adik ipar dia) dan sewaktu dengannya…KDramaMesti ada part berus gigi..tengah gosok gigi boleh bercakap plak tuh? Nak muntah aku….cth…Fullhouse, All About Eve (Eh ader ker? Aku x ingatlah citer nih ada ker tak), Oh! Feel Young dan banyak lagi….Kalo takder part berus gigi pun, mesti ada part dlm kereta…hahahah..yg nih mesti.. sumer KDrama aku tau ada…hero yg drive tuh plak..tangan kiri mesti menyiku kat area cermin then tgn kanan pegang stereng kul 12…. Ada style la…JDoramaBahasa Jepun lagi sedap dengar dan best…suka biler watak pompuan yang buat2 chomelz..pastu kena jadi garang…nampak perbezaannyer…(Mcm kakak ipar Sakuraba Yuichiro dalam Mukodono 2003 ngan Gokusen…Dalam Shumoni pun best gak..part si saper erk yg pandai tilik tuh? Luper plak nama dia…time dia nge’date’ otoko yg hansamu tuh lemah lembut yg amat..biler menilik…buat suara yg poyo tuh..hehe..lawak jer…).. senang cakaplah aku lagik suker dengar bahasa jepun dari Korea.. even sebenarnya dedua bahasa nih aku suka!!KDramaBahasa Korea tak baper best sgt…kalau kat TV gi alih bahasa Mandarin plak…buhsan!! Tapi aku naper tengok gak? Poyo tul anak Bebit nih..JDorama & Drama KoreaYang pasal ni dua2 aku suka…suka aper? Suka tengok fesyen rambut dorang..x kira lelaki atau perempuan…dorg mmg pandai menggayakan rambut tuh..kekadang aku geram tul ngan rambut dorg..awat lembut banget? Mcm Gokusen..semua anak murid dia ada mcm2 fesyen rambut..dlm Nobuta wo Produce plak siap explain jenis2 rambut yang mcm mana org anggap..botak jenis baik ngan botak jenis gangster..tengok My Boss My Hero plak..student pompuan ke laki ke…tetap lawo…Si Tomoya Nagase pun sama..rambut dia lawo tul..geram aku…Tengok Drama Korea plak? Majoriti fesyen rambut Hero lebih kurang jer..tapi rambut heroin ngan watak2 sampingan yang lain (pompuan yer?) mmg pelbagai..mcm actress2 Jepun gak…alahai..lawanya rambut mereka….Ha….itulah di antara kelebihan2 dan kekurangan2 drama dari Jepun mahupun Korea yang aku dah tengok…kalo dulu aku suka tengok JDorama tanpa amik tahu sangat nama actor or actress dorang..tapi skrg..sejak aku asyik jumpa pelakon yang sama dalam mcm2 Jdorama..aku mula nak amik tau and cuba mengenali mereka dengan lebih dekat lagi walaupun mereka tidak pernah sama sekali mengenali aku …hahahahaha…..mcm Tomoya Nagase aku start kenal dia dlm Drama Mukodono..5 tahun yang lalu aku kenal dia..tapi dia? Sampai sekarang…nama aku pun dia tak pernah dengar..inikan nak kenal…Ayumi Hamasaki!!!!!!!!!! Berani ko ngorat ore no Tomo-chan desu …isk3..cedihnyer…lepas tuh…jumpa YamaP (Tomohisa Yamashita) dalam Dragon zakura.. jumpa plak Jin Akanishin ngan Kamenashi Kazuya dlam Gokusen…kame ngan YamaP berganding bahu dlm Nobuta wo Produce buatkan aku bertambah suka sbb perbezaan watak yang ketara oleh Kame-chan dlm kedua2 drama tuh…Drama Kurosagi yang mengisahkan seorang penipu yang hanya menipu penipu2 yang dilakonkan oleh YamaP juga telah membuatkan aku bertambah tergila2kan si mamat Jepun nih..lagilah bila aku tau dia lahir tahun yang sama ngan aku…argh!!!!!!!!!!!!! Atashi wa anata ga suki desu!!!!! Aishiteru Yamapi…
oklah sampai sini jerlah aku mengarut tambah mencarut mengenai JDorama yang aku suka…nanti kalo aku ada drama yang aku tengok nanti aku membebel lah lagik kat sini ek? Itu pun kalo aku ada masa atau aku Rajin…hehehehe…
So, pada sesaper yang mempunyai minat yang sama ngan aku tuh..aper lagik… kongsi2 lah citer2 yang best..kalo ada drama2 yg korang dah tengok..n korang nak suggest.. lagilah dialu2kan… silakan2.. douzo2.. sebelum ni aku dah berjaya buatkan Azah(member gua kat Ipoh) minat citer Gokusen, Nobuta and My boss My Hero plak…hehehehe….
k, daa… n Assalamualaikum my Blog…