Thursday, September 18, 2008

Battle Royale 1 (DVD Version)

Assalamualaikum & Hello my Blog..

Hahahaha!!! Disebabkan ada orang request nak tengok filem nih kat salah sebuah forum yg aku masuk.. so, aku pun masa tuh tgh rajin.. then aku riplah dari dvd yg aku beli.. English subs ler.. so, sesaper yg rasa nak2 sedut.. dipersilakan.. tapi jgn luper comment erk?

I've upload diz muvi becoz there's someone request in one of the forum that i registered.. so, i've put the direct link here, so anyone who wants to watch and donwload it via direct download can downloadt it.. have fun n dont forget to credit n post ur comment ok!!

My Review in malay:
Filem yang mengisahkan dimana dewasa membenci remaja.. oleh itu, setiap tahun, akan ada satu kelas yang dipilih dari sebuah sekolah akan dipaksa untuk menyertai permainan battle royale ini. semua pelajar akan ditempatkan di sebuah pulau selama 3 hari. Syarat permainan mudah. setiap mereka perlu bunuh membunuh sesama sendiri. Seorang sahaja yg dibenarkan hidup(kompom dialah yg paling terror bunuh semua).. jika ada lebih dari seorg yg hidup.. automatically kalung yg dipakaikan pada leher mereka akan meletup.. means? dorg kompom mati.. so, untuk survive.. kenalah bunuh sesamer mereka!! bg aku filem nih mmg 18SG... saper yg x suker citer ganas2 bunuh putus kepala, kapak2 kepala, leher pecah kena bom (CGI).. so, x yah lah tengok.. tapi aku kompom.. takut mcm mana pun korg mesti nak tengok.. so, donlotlah.. aku dah baik ati rip dr dvd aku nih!!

Battle Royale 1 (DVD Rip Version)



Cast : Tatsuya Fujiwara (Kira DeathNote), Aki Maeda, Takashi Tsukamoto, Shibasaki Kou
Duration : 2 hours 1 minutes 12 second
Size : 1.71Gb
Split to 100mb each part! All 18 parts!
Download Link
Sendspace : .001 .002 .003 .004 .005 .006 .007 .008 .009 .010 .011 .012 .013 .014 .015 .016 .017 .018

Enjoy!!!

Thursday, September 11, 2008

What makes me love JDrama than Kdrama!!

Hallo my blog!!
well, well, well.. this topik sebenarnya dah lama aku tulis kat blog friendster aku..
tapi aku edit skit part2 yg x payah aku cerita kat sini!1
so, aper2 contoh mmg kebanyakan dari drama2 lama.. so, aper2 jerlah.. yg penting nih antara pendapat n pemerhatian aku sendiri.. bukan secara profesional.. hehehe!!

Apa topic kita pada hari ini ya? Boleh dikatakan aku ni memang minat JDorama.. pada saper yang tak tahu apa itu JDorama.. Meh aku bagi tau..yang dah tau buat2 baru tahu k? JDorama adalah drama2 Jepun… ala..yang zaman sekolah aku dulu famous citer GTO, Beach Boys, Innocent Witch, Love Generation, Love Revolution, Hero etc… kalo aku nak sebut..banyak sangat.. tapi x semua drama Jepun ni aku suka..cam Innocent Witch, S.O.S, n Fighting Girl contohnya.. aku x minat sgt.. jln2 cerita camtuh mmg ada buhsan sikit..setakat tengok sekali cukup bg aku..tapi kalau macam GTO, Power Office Girl (Shomuni), Mukodono, Son-in-law 2002 (Mukodono 2002), Dragon Zakura, Gokusen, Nobuta wo Produce, Kurosagi, You Are My Pet, Hero, Wonderful Life and of coz drama yang baru release tahun lepas My Boss My Hero adalah antara2 drama yang aku suker…mungkin jalan cerita dia kot…drama2 dari Korea pun aku minat jugakla…tapi x sebanyak JDorama..mungkin sebab….di bawah ni ada aku senaraikan perbezaan JDorama ngan Drama Korea


JDorama
Selalunya antara 8 – 13 episod..kekadang ada gak yang samapi 15 episod..so, beli collection vcd atau dvd x semahal drama Korea

KDrama
Antara 15-25 episod..panjangnyer..x per2…telenovela latin lagik panjang….


JDorama
Pelbagai tema cerita..kisah cucu yakuza jd cikgukah, pasal pompuan ofiz yang terbuanglah, yakuza kena masuk sekolahlah, budak bodoh kena push amik exam masuk U, ketua geng motor jadi cikgu, artis yang tipu identity sebenar, penipu yang menipu penipu, kisah bekas atlit kena coach team bebudak sekolah rendah, kisah pendakwa raya, kisah doctor melayan karenah pesakit, masalah keluarga angkat dan banyak lagi yang buatkan kita tak buhsan..mostly amik citer dari manga popular kat Jepun…

KDrama
Drama korea? X habis2 cinta tiga segi.. cinta tiga segi..cinta tiga segi..memang x sah lah..sebab bersegi2 lah yang buat episod dia lebih panjang agaknya…jarang nak jumpa drama Korea yang lain temanya…kalau filem, mungkin ada kot…tapi Drama kurang…then, character heroin selalunya yang kelam kabut, cemerkap, miskin, aktif cari duit dan byk cakap.. hero plak stok kaya2, berjawatan tinggi n pakai kot selalu..kira taraf hero tuh mesti lebih dari heroin…huh!! Dah boleh agak dah jalan citer..kalo takder pihak ketiga.. bukan drama Korealah tu..


JDorama
Rahsia watak utama akan terbongkar pada akhir2 episod. Mesti punyerlah…mcm dlm Gokusen Yankumi cucu Yakuza terkantoi, My Boss My Hero Sasaki Makio yang dilakonkan Tomoya Nagase terbongkar sbb gangster lain buat hal kat sekolah dia..Hero lakonan Takuya Kimura last2 dia kena benti keje kat sana..Shuji yang hipokrit diketahui oleh rakan sekelas dan dipulaukan dlm Nobuta wo Produce…mesti punyerlah..cayalah…Drama Jepun mmg camni…

KDrama
Rahsia hubungan atau kaitan keluarga hero n heroin akan terbongkar pada tengah2 episod.. Winter Sonata contohnya..dah tau parent dorg dlu sama sekolah pun x abis2 gak…Autumn In My Heart pun sama..even dah tau adik beradik angkat masa dulu pun..tetap nak bersama…


JDorama
Banyak kebetulan yang akan menemukan watak2..mcm GTO lah…dan2 nampak anak murid kat hotel tuh, dan2 student dia lalu situ nak gi tuisyen, dan2 leh jumpa leh tau kedudukan student dia katner…mmg hebat menipu…dalam Gokusen plak…boleh plak jumpa anak murid kat snuker..apa si Yankumi tuh buat kat sana? Selamatkan anak murid kat kawasan pergaduhan yg hanya anak musuh dan anak murid jer tau..camner dial eh tau ek lokasi anak murid dia? Guna friendfinder maxis ker? Menipu betulla…tapi naper aku tetap suker JDorama ek? Hahahaha….

KDrama
Gi mana2 pun mesti ada stesyen bas… Maybe diorang nak kempen ‘Gunakan kenderaan awam’ kot….bagus tuh…kurang kesesakan lalulintas kat negara dorang..tapi memalam masa puncak ker? Banyak kenderaan ker guna memalam?…kalau hero naik bas sekali ngan awek..mesti awek tertidur dlm bas pastu lentok kat bahu hero tuh…kalau heroyang hantar awek kat stesyen bas plak..hantar jer..memalam plak tuh…citer dorg selalu tunjuk pompuan balik memalam kan? Isk3….x baik anak dara balik lewat malam tau? Hantar lah rumah terus..apa punya hero daa…


JDorama
1 kes 1 episod …
Selalunya memang camtuhlah JDorama…satu konflik/kes/ pertelingkahan/penyedaran atau apa sajalah akan diselesaikan dalam setiap episod…tu yang puas hati sikit..

KDrama
1 kes tak diketahui berapa episod..selalunya akhir2 episod sumer nak dekat2 serentak gakla kes selesai..Biasalah…citer dia mmg x sama ngan JDorama..aku rasa telenevola Indon, Thai, Filipina ngan Taiwan pun camnih gak… Malaysia pun x ketinggalan…


JDorama
Tiap episod ada mesej…selalunya mesti ada…macam ayat ni “Saya ingin jadi guru kerana saya ingin pergi ke sekolah lagi,” “Kalau prinsip kau yang lemah kena ikut yang kuat, kau jangan lupa kat dunia ni ada orang yang lebih kuat dari kita,” “Melarikan diri lagi? Sentiasa melarikan diri dari sesuatu yang kita tidak pandai atau suka adalah orang yang lemah,”..hm… so, korang tahu sendiri kana apa mesej yang nak disampaikan?

KDrama
Tiap episod hero/heroin akan dapat mesej yang heroin/hero bersama pihak ketiga…mesej kat sini tak semestinya sms..kekadang heroin ternampak sendiri..atau..pihak ketiga sendiri yang bagi tau heroin/hero..biasalah..sajer nak bagi jeles…contoh drama FullHouse, Princess Hour, Sassy Girl Chun Hyang, Lovers in Paris, My Lovely Samsoon dan banyaklah lagi…Mesej sebenar? Jangan jadi pihak ketiga..atau lepaskanlah kalo ada pihak ketiga….hehehehe


JDorama
Theme song atau ost selalunya pelakon sendiri yang nyanyi..kebanyakan JDorama guna 2 buah lagu..untuk sesuatu keadaan..Mcm lagu Daite senorita by Tomohisa(OST Kurosagi), Sheisun Amiigo by Shuji to Akira (OST Nobuta wo Produce), Sorafune by TOKIO (OST My Boss My Hero), Your Smile by KAT-TUN (OST Suply)

KDrama
Theme song memang jenis feeling2 gitu.. Kebanyakan Drama Korea guna 3-5 buah lagu dalam satu drama…kalau ada lebih tuh…biaslahkan? Ada lagu2 nih…x jalan bisnes dorang kang..mungkin citer berepisod-episod..so, kena ada banyak lagu baru puas hati…hahaha…


JDorama
Mesti ada part berlari mencari watak utama..Lari plak memang tahap 50km/j…selalunya akhir2 episod lah..cam Gokusen 1 dan 2 (Selalu dia lari cari anak murid dia, tapi last2 episod anak murid lari cari dia), MBMH(Budak2 kelas Tomoya Nagase cari dia last2 episod), Kurosagi (YamaPi nak lari cari org yang menipu bapak dia..dia gak kena kejar ngan polis), Neverland (Ken Miyake lari nak jumpa mak angkat dia, Mukodono 2002 Tomoya Nagase lari kat show adik ipar dia) dan sewaktu dengannya…

KDrama
Mesti ada part berus gigi..tengah gosok gigi boleh bercakap plak tuh? Nak muntah aku….cth…Fullhouse, All About Eve (Eh ader ker? Aku x ingatlah citer nih ada ker tak), Oh! Feel Young dan banyak lagi….Kalo takder part berus gigi pun, mesti ada part dlm kereta…hahahah..yg nih mesti.. sumer KDrama aku tau ada…hero yg drive tuh plak..tangan kiri mesti menyiku kat area cermin then tgn kanan pegang stereng kul 12…. Ada style la…


JDorama
Bahasa Jepun lagi sedap dengar dan best…suka biler watak pompuan yang buat2 chomelz..pastu kena jadi garang…nampak perbezaannyer…(Mcm kakak ipar Sakuraba Yuichiro dalam Mukodono 2003 ngan Gokusen…Dalam Shumoni pun best gak..part si saper erk yg pandai tilik tuh? Luper plak nama dia…time dia nge’date’ otoko yg hansamu tuh lemah lembut yg amat..biler menilik…buat suara yg poyo tuh..hehe..lawak jer…).. senang cakaplah aku lagik suker dengar bahasa jepun dari Korea.. even sebenarnya dedua bahasa nih aku suka!!

KDrama
Bahasa Korea tak baper best sgt…kalau kat TV gi alih bahasa Mandarin plak…buhsan!! Tapi aku naper tengok gak? Poyo tul anak Bebit nih..


JDorama & Drama Korea
Yang pasal ni dua2 aku suka…suka aper? Suka tengok fesyen rambut dorang..x kira lelaki atau perempuan…dorg mmg pandai menggayakan rambut tuh..kekadang aku geram tul ngan rambut dorg..awat lembut banget? Mcm Gokusen..semua anak murid dia ada mcm2 fesyen rambut..dlm Nobuta wo Produce plak siap explain jenis2 rambut yang mcm mana org anggap..botak jenis baik ngan botak jenis gangster..tengok My Boss My Hero plak..student pompuan ke laki ke…tetap lawo…Si Tomoya Nagase pun sama..rambut dia lawo tul..geram aku…Tengok Drama Korea plak? Majoriti fesyen rambut Hero lebih kurang jer..tapi rambut heroin ngan watak2 sampingan yang lain (pompuan yer?) mmg pelbagai..mcm actress2 Jepun gak…alahai..lawanya rambut mereka….

Ha….itulah di antara kelebihan2 dan kekurangan2 drama dari Jepun mahupun Korea yang aku dah tengok…kalo dulu aku suka tengok JDorama tanpa amik tahu sangat nama actor or actress dorang..tapi skrg..sejak aku asyik jumpa pelakon yang sama dalam mcm2 Jdorama..aku mula nak amik tau and cuba mengenali mereka dengan lebih dekat lagi walaupun mereka tidak pernah sama sekali mengenali aku …hahahahaha…..mcm Tomoya Nagase aku start kenal dia dlm Drama Mukodono..5 tahun yang lalu aku kenal dia..tapi dia? Sampai sekarang…nama aku pun dia tak pernah dengar..inikan nak kenal…Ayumi Hamasaki!!!!!!!!!! Berani ko ngorat ore no Tomo-chan desu …isk3..cedihnyer…lepas tuh…jumpa YamaP (Tomohisa Yamashita) dalam Dragon zakura.. jumpa plak Jin Akanishin ngan Kamenashi Kazuya dlam Gokusen…kame ngan YamaP berganding bahu dlm Nobuta wo Produce buatkan aku bertambah suka sbb perbezaan watak yang ketara oleh Kame-chan dlm kedua2 drama tuh…Drama Kurosagi yang mengisahkan seorang penipu yang hanya menipu penipu2 yang dilakonkan oleh YamaP juga telah membuatkan aku bertambah tergila2kan si mamat Jepun nih..lagilah bila aku tau dia lahir tahun yang sama ngan aku…argh!!!!!!!!!!!!! Atashi wa anata ga suki desu!!!!! Aishiteru Yamapi…

oklah sampai sini jerlah aku mengarut tambah mencarut mengenai JDorama yang aku suka…nanti kalo aku ada drama yang aku tengok nanti aku membebel lah lagik kat sini ek? Itu pun kalo aku ada masa atau aku Rajin…hehehehe…

So, pada sesaper yang mempunyai minat yang sama ngan aku tuh..aper lagik… kongsi2 lah citer2 yang best..kalo ada drama2 yg korang dah tengok..n korang nak suggest.. lagilah dialu2kan… silakan2.. douzo2.. sebelum ni aku dah berjaya buatkan Azah(member gua kat Ipoh) minat citer Gokusen, Nobuta and My boss My Hero plak…hehehehe….

k, daa… n Assalamualaikum my Blog…

Thursday, September 4, 2008

Nobuta wo Produce Malay Subs or Sarikata Bahasa Melayu

Well, well, well.. aku ni kan mmg minat giler ngan drama Nobuta wo Produce nih...
so, dengan rajinnya aku edit softsubs dari nobuta fansub n aku edit subs english tuh ke baha melayu... so, pada sesaper rasa2 nak tengok nobuta dlm sarikata bahasa melayu leh ler donlot softsub nih atau dalam bahasa melayu nyer sari kata boleh ubah atau sari kata lembut..
ini sekadar softsub yerk.. sesaper yg dah donlot RAW tuk drama nih jerk yg leh guna subs nih.. sebelum guna tuh jgn luper pastikan tajuk vid n subs sama.. baru lerh bukak guna apa2 codec yg korg ada...3 imej kat bawah ni preview sub BM yg aku wat.. mmg x bape la.. tapi puas ati aku ler nak tengok subs nih dari yg beli kat S&M tuh kN.. HEHEHE!! then video2 kat bawah tuh adalah vid dalam beberapa episode yg aku suker n aku letak subs. amateur lah katakan.. so, x baper cun ler cam fansubber yg len.. hehehe!! tengok jer lah.. senang citer..


Sarikata Bahasa Melayu (Malay softsub)
Click here : Driveway MF


Ni ep01 part Akira nampak Shuji.. Aku cut then subs kan skit!!



yg ni plak part yg Shuji 1st time jumpa Nobuta



ni plak part Akira karate jubin2 sb x nak shuji kecewakan nobuta!



Yang ni plak part yg paling aku suker.. part Shuji n akira ajar Nobuta camner nak detto!!!
sweet giller akira nyer jels.. n gaya pompuan shuji!!



Yg ni part Akira kena kejar ngan Hontou-Ojiisan.. baru perasan dia suka Nobuta. lawok kan?



Yg ni plak part yg si Koji adik si Shuji wat karangan pasal shuji (abg dia)

OST JDorama

okay.. this is my 2nd posting in here.. i like to share the OST or theme song from the J-Dorama that i really like to hear it.. maybe it's not muach that u want.. but to me, atleast i want to share.. so it's ok.. i will re-update if i have any other OST that i want to share or uplaod it.. so, this below are the direct download link.. mayB it's not a new drama but.. but u can downloading it actually if u want it.. dont forget to credit me!!

malay languange - ok, sesaper yg x der laik lagu2 atau OST drama yg aku uploadkan nih.. leh ler korg donlot.. aku akan letak skit2.. sbb aku bukan rajin mana pun nak uploadkan bebanyak!! hehehe!! sesaper yg donlot tuh.. jgn luper post comment erk.. terima2 kasih skit kat aku!! maklumler.. tau sedut taulah berterima kasih kan.. hehehe!! wat ever.. akan ada tambahan sedikit demi sedikit.. so, harap2 kalo ada yg nak request tuh.. kalo ada akan ku cuba usahakan.. kalo x der.. maaflah yer..

k enjoy!!!

Hana Yori Dango Season 1
Opening Song - Wish by Arashi
Insert Song - Planetarium by Otsuka Ai

Hana Yori Dango Return/Season 2
Opening song - Love So Sweet by Arashi
Insert song - Flavor of Life (Ballad version) by Utada Hikaru
Insert song - Flavor of Life (Ballad version - instrumental)

Kurosagi
Opening song - Daite senorita by Yamashita Tomohisa
Insert Song - Daite senorita (Instrumental)

Gokusen 1
Ending song - Feel Your Breeze by V6

Gokusen 2
Ending song - No More Cry by D-51
Insert song - Kizuna by Kamenashi Kazuya

Gokusen 3
Ending song - Niji by Aqua Timez

Hero
Ending song - Can You Keep A Secret by Utada Hikaru

Hanazakari no Kimi Tachi e
Ending song - Peach by Otsuka Ai
Insert song - Ikenai Taiyou by Orange Range

1 Litre of Tears/Ichi Ritoru no Namida
Insert song - Konayuki by Remioromen
Choir by Aya's Class - 3 Gatsu 3 Ka by Remioromen
Ending song - Only Human by K

Proposal Daisakusen/Operation Love
Ending song - Ashita Hareru Kana by Keisuke Kuwata
Kenzou's fav song - Chiisana Koi no Uta by Mongol 800

Mukodono/Son-in-Law season 1
Theme song - Hitori bocchi no Haburashi by Sakuraba Yuichiro
Insert song - Hitori bocchi no Haburashi (slow version)

Mukodono 2003/Som-in-Law 2003
Theme Song - Omaeyanai to akanen by Sakuraba Yuichiro

My Boss My Hero
Ending Song - Sorafune by TOKIO

Sappuri/Supply
Theme song - You by KAT-TUN

Nobuta wo Produce
Ending song - Seishun Amigo by Shuji to Akira
Ending song - Seishun Amigo (Karaoke)

Maou
Opening song - Truth by Arashi

Sore wa Totsuzen Arashi no You ni
Theme song - Masshiro by Oda Kazumasa

Honey and Clover/Hachimitsu to Clover
Ending song - Canvas by Hirai Ken

enjoy the mp3!!

Assalamualaikum pembuka Bicara!! v(^_^)v

Assalamualaikum Iza Yanti Blog!!!

Akhirnya aku ada gak blog kat blogspot nih.. shinjirarenai..
huhu.. berkat roommate yg suh bukak lah nih.. saper laik kalo bukan si wana tuh!!
arigatou wana-chan.. well, well, well, aku x tau nak ngarut aper kat sini..
tapi aper2 hal pun aku akan cuba tuk sentiasa re-update aper2 yg aku nak kat blog nih. x kisahlah pasal diri aku ke, pendapat aku ke, share aper2 ajer yg aku ada tuk sesaper yg nak share sesamer..

even aku nih bukanlah jenis rajin tepek memacam.. atleast ada skit dua tuh ok lah kan? hehehehe!!

ok, tuk sekian kalinya ucapan pertama aku pada posting yg pertama dah tentu2

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK"

hope semua dapat menjalankan ibadah puasa dan mengumpulkan segala pahala2 besar pada bulan yg mulia nih.. hope aku dapat abiskan paling kurang pun 1 juz lah.. maklumler sejak dah khatam masa darjah 5 dlu.. liat sungguh nak bukak Al-Quran.. tunggu poser jerk... huhuh!!
patut hati dah gelap dah.. hehehehe!!