Tuesday, February 24, 2015

[Solo Trip Japan] IS or Terrorist? Aku terkena tempiasnya juga

Alang-alang tengah rajin dan masih ada baki2 mood ‪#‎SoloTripJapan‬ , meh la aku cerita skit apa citer tak best yg aku cakap tu. Sebenarnya citer tu x der la teruk mana.. Just aku jer sensitif lebih tetiber.


Gunung Fuji. Sekadar gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan cerita. Tapi gambar ni aku yang amik sendiri masa kat sana. 


Malam hari ke-3 aku di negara matahari terbit, Jepun. Setelah pulang dari Mount Fuji dan Odaiba. Malam itu seperti biasa balik ke hostel. Laluan ke hostel ada 7-Eleven. Disebabkan aku kelaparan x makan tengah hari sampai ke tgh mlm. Masa tu dah kul 11.30pm. Maka teringin la nak makan onigiri.. Nasib aku baik, tengah dok baca2 jenis2 onigiri yg ada.. maklumler aku mana la pandai baca kanji. Setakat hiragana katakana leh le.. Tapi, apalah guna boleh baca tapi x tahu maksudnya.

Maka, secara tiba2 seorang wanita Jepun yg comel berdiri di sebelah aku. Dia pun nak pilih onigiri gak.. Dengan pantas aku ckp, "Eigo wa dekiru? (Boleh ckp English?)" dia terus ckp yes!! bahasa Jepun aku pun bukan betul. belasah je mana aku rasa dorg leh paham. Aku terus mintak tolong dia tengokkan mana onigiri yg inti ikan and bacakan ingredients yg x der meat/beef/alcohol/Sake dan sebagainya.

Alhamdulillah, setelah dia menunjukkan aku semua2 itu.. maka aku dengan tenang dpt memilih untuk makan onigiri yg boleh makan. Aku amik 1 dan suh dia pilihkan lagi 1 mana fav dia. So, dia pun pilih 1 lg fav dia tok aku.. pastu aku nampak dia amik puding caramel. Sbb tu mmg fav aku. aku tanya dia gak apa bahan2 dalam puding tu. Alhamdulillah, x der unsur2 yg haram dimakan gak.. Sebenarnya aku dah makan pun puding tu. Dah dpt jawapan dah sebenarnya dari cahsier 7-Eleven. Tapi sajer nak tanya Eri lagik. Tok double kepastian. Hehehee!

Lepas aku dah byr 2 ketul onigiri aku. Dia pun bayar dia punya. Maka aku pun bg onigiri yg dia pilihkan aku tu. aku ckp "Kore wa ageru..(ini saya bagi awak)" dia pun terkejut.. and berterima kasih. Dalam masa sama, dia pun bg puding caramel dia kat aku. Sbb dia ckp tu favourite dia.. and dia nak bagi apa yg fav dia kat aku. Bagus kan? DIa bg benda yang dia paling suka kepada orang yang dia baru kenal. Well, puding tu pun fav aku sebenarnya tau.. Hehehe! Nama that girl is Eri.. Eri sangat baik.. aku tanya dia belajar mana dlu. dia ckp university dia mcm belajar berdasarkan Catholic. So, mungkin sebabkan itu Eri seorang yang sangat memahami agama aku.


Puding Caramel (kanan atas) tu la Eri bagi aku. Tanda perkenalan. Air teh hijau tu Takashi bagi kat Odaiba (Ni cerita lain nanti).


Okay, maybe disebabkan Eri baik ngn aku and pandai English.. Aku tak sedar, sepanjang aku bercakap dengan Eri, ada seorang lelaki tua dah lama memerhatikan kami. Dia memerhatikan aku rupanya. Dan mungkin disebabkan Eri boleh berkomunikasi dengan aku. Maka, pakcik tu terus menegur Eri dan aku. Terus dia tunjuk aku dan cakap Malaysia? Indonesia? aku ingatkan dia curious berkenaan aku yang berlainan culture. So, aku pun senyum dan cakap.. "Malaysia kara desu..(Dari Malaysia)" ntah apa yg pakcik tu dok bercakap tah pastu...

Dia ckp dengan aku.. tengok Eri.. dia tunjuk aku, then dia buat gaya org pegang senapang dan menembak2.. dia ckp dalam bahasa Jepun. Eri punya muka mula berubah... Dia mcm malas nak layan pakcik tu.. bila atmosphere tetiber berubah..dari ceria tadi, tetiber mcm x selesa.. aku dpt rasakan pakcik tu cakap sesuatu yg x baik berkenaan agama dan negara aku. Aku bukan cakap aku pandai bahasa Jepun. Tapi ada sikit2 ko boleh tangkap even ko x tau maksud perkataan tu.

Gaya si ojiisan tu tunjuk aku, pastu wat gaya senapang menembak orang.. sign tu sendiri dia dah macam cakap something pasal agama aku. Korang rasa apa dia cakap? korang sendiri tahu skrg mmg tgh kecoh kes IS kan? 2 rakyat Jepun kena bunuh kan? tempias nyer wow! pakcik ni la salah sorg yg mungkin TERASA dgn tindakan IS. Aku ckp byk kali kat pakcik tu "IS wa ISLAM janai.. ISLAM wa yasashi.. IS it not ISLAM representative." (Is tu bukan Islam. Islam baik.. IS bukan mewakili Islam). At that time Eri pun angguk2 dan ckp "Yes, I think like that too." muka Eri sgt x selesa dgn pakcik tu. Eri sendiri cuba back up and terangkan kat pakcik tu.. byk kali aku dengar dia ckp, "kanojo wa kanke nai.. Malaysia wa kanke nai.." maksud ayat Eri tu adalah "Wanita ni x der kena mengena.. Malaysia x der kena mengena.."

But that ojiisan insist ckp x berhenti2.. Aku buat2 tak paham. tapi aku sajer tanya Eri nak tau and confirmkan adakah sangkaan aku tu betul. Betulkah apa yg aku translatekan tu? X mau lah aku bersangka jahat ngn pakcik tu.

Aku tanya Eri, "What is he saying actually?"
Eri, dgn wajah yang sangat serba salah.. dia jawab, "I afraid it may be hurt you." dengan jawapan Eri, aku tau apa yg aku fikirkan tu betul.. pakcik tu mungkin dok tgh menyalahkan agama aku.. dia nak bersuara ketidak puasan hatinya kepada aku.. as dia nampak aku la Muslim ketika itu.. Bertudung..tentu dia tau aku Islam.. Mungkin.. ntah.. aku pun x tau.. yg pasti aku sgt X suka keadaan masa tu. Eri sendiri pun x selesa. Pakcik tu maybe mabuk.. ke apa.. aku pun x tau..

Disebabkan Eri yg sgt concern dan menjaga hati aku.. aku jadi sebak.. Ya, aku mmg marah ngn pakcik tu.. tapi aku x leh buat apa2.. aku tau aku di negara org.. kalau aku bertindak mengikut emosi aku, aku akan memudaratkan diri aku nanti.. dan aku akan menunjukkan perkara yg x baik ttg Islam. aku jaga perangai aku.. aku tahan diri aku.. aku biarkan dia membebel. masa tu aku ngn Eri mcm rasa.. we have to go. We cannot listen to this man.. padahal dlm hati byk aku nak ckp ngn pakcik ni kalau leh.. aku nak jer ceritakan macam mana sejarah Melayu dijajah oleh pihak dorg. camner askar dorg merogol anak2 dara, isteri2 org kampung.. paksa rakyat Tanah Melayu minum air sabun.. kekejaman yang dorang buat lebih teruk nak banding kes baru2 ini.. But yes, aku x mahu jadi macam ojiisan tu. maka aku diamkan diri.. aku buat2 x paham.. aku dan Eri terus mintak diri dan pergi. Dalam masa yg sama aku masih berpura2 aku x paham. Aku tunduk hormat and sempat menyatakan "oyasumi nasai.." (selamat malam) masih menunjukkan kesopanan dan rasa hormat aku pada pakcik yg berfikiran sempit tu. Berdoa semoga dia diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT.

Kebetulan rumah Eri dan hostel aku di lorong yg sama Jadi, kami berjalan sama2 pulang ke arah tpt kami tinggal. Dlm perjalanan, tiba2 aku sebak.. hati aku berdegup kencang.. Mungkin disebabkan marah yang x dpt dilepaskan.. secara tiba2 air mata aku mengalir (ni tgh menaip cerita ni pun aku dah ngalir air mata ni..T_T ‪#‎sorok2lapairmatadariopismet‬) . Aliran air mataku deras mengalir..aku x leh tahan.. masa berjalan sama2 Eri tu.. aku mmg x dpt cover lg dah.. aku dok asyik ckp "Sorry, sorry,, I dont mean to cry in front of you." Eri pun seumpama paham dgn situasi aku.. dia mengangguk2.. and cakap "It's okay. If I were you. I'll do the same thing." sambil menepuk2 bahu aku.. Aku dok asyik ckp "hazukashi.. hazukashi.(malunya)." gelak2 senyum walaupun masih dlm tangisan.

Tengah nangis2 tu sempat gak aku terangkan.. aku ckp aku menangis sbb aku rasa mcm kecewa bila ada orang berfikiran macam tu dan menyalahkan agama aku. Padahal byk askar2 negara bukan Islam membunuh org Islam, tapi x der pun digelar pengganas. Eri hanya diam dan memberi aku ruang untuk meluahkan. yer la.. air mata dah ngalir mcm air terjun.. saper x risau.. Eri pun kena drag sama sbb pakcik tu x leh ckp English.. maybe dia nak Eri sebagai pengantara. Malang sekali pakcik salah org. Eri bukan di pihak dia..Kalau aku jadi Eri pun, aku akan rasa serba salah. Tersepit dgn bangsa sendiri dan pihak yg tidak bersalah.

Mungkin cerita aku ni x lah teruk mana. just seorang pakcik Jepun kolot yg dok menuding kat aku dan buat gaya pengganas menembak.. mungkn perkara tu rasa mcm x lah besar. tapi, situasi aku masa tu mcm sgt2 x selesa. Lelebih lagi pakcik tu guna Eri yg x pasal2 Eri sendiri mungkin rasa malu dgn org sebangsa dia yg berperangai mcm tu.

Apa2pun, selepas beberapa minit (sekejap je pun nangisnyer walopun sederas aliran sungai Gombak. Haha), bila dah sampai di depan apartment umah Eri, Eri insist nak add facebook aku. aku pun nak gak. dah kenal org yg baik.. x kan nak lepaskan kan? Eri nak add fb time tu gak. So, dlm apartment lobby tu. Eri mencari2 plug. Dia nk charge HP dia.. sbb bateri HP dia dah abih.. dia nak on and nak add time tu gak.. sbb dia tau, account FB dia susah nak cari. Dia ckp dia happy sgt dpt jumpa aku.. kenal aku.. maybe 1st Muslim friend yg dia kenal.. maka, aku sanggup tunggu dia.. x per.. lagipun hostel aku depan sikit jer dr umah dia.. aku pun happy dipertemukan dgn Eri.. heee!

Setelah berhempas pulas menunggu bateri dicas.. internet yg slow giler.. akhirnya dpt gak Eri on HP dia dan cari profile aku.. maka berjayalah Eri add aku.. kami pun menjadi kawan di facebook.. hope sgt, Eri leh dtg Msia.. aku bawak dia jalan2 KL.. hehehe!

Sebenarnya, bagus gak aku dok lepak kat lobby apartment Eri. Sebab aku risau pakcik psiko tu stalk kitorg ke nanti.. bahaya.. sbb aku ni dah la sesorang... berjalan sampai ke tgh mlm baru balik hostel.. so, tok keselamatan diri, haruslah aku tengok kiri kanan depan belakang and x nak pakcik tu tahu aku stay mana. Kalau jumpa dia area harajuku ke.. shibuya ke.. mungkin okay skit. ni dekat2 area hostel.. so, aku x selesa.. kita tak tahu apa dia leh buat.. kan? manusia macam2 jenis kat dunia ni..

But alhamdulillah.. sepanjang selepas kejaidan malam tu.. x der apa2 pun yg berlaku.. Pengajarannya.. buat baik dan senyum dan bersopanlah walau mcm mana teruk pun dorang layan kita.. jangan provoke.. jgn melawan.. mana tahu dgn sikap kiter ni, leh buat dia berubah pendapat.. and paling penting ingat.. Allah sentiasa ada bersama kita.. pergh! ayat mcm alim je kan? tapi itu lah yg aku pegang sepanjang aku bekerja.. sepanjang aku berjalan jika aku x der teman.. Ayat kursi selalu baca lepas jer kuar rumah..

Sekian kisah aku yang terkena tempias berkenaan kes pengganas dan ISIS.. huh! kan main panjang cerita.. terima kasih la pada yg sudi baca sampai habis.. and sememangnya anda org yg rajin membaca. Syabas!!!

Nah, saya bagi senyuman paling manis sekali.. ^_^ jyaa nee~~

2 comments:

ilyas hamdi said...

sabar je lah.... mungkin pak cik tu x paham kot bab islam hehe. btw best baca blog ni :)

yandevass said...

@ilyas Hamdi,

baru perasan ada org komen post ni. hehhee!

haah.. mmg menahan sabar.. sbb tu meletus tangisku selepas beredar dr dia tu.. hehehe.. sib baik ada Eri.. thanks sbb sudi baca...