Assalamulaikum Yanti’s Blog…
Selain daripada hal2 berkaitan Korea, Jepun dan Taiwan nyer industri hiburan.. aku rasa betterlah aku letak aper saja luahan perasaan yg aku nak kat blog aku nih.. x ramai pun tahu akunyer blog nih.. so, leh jer aku letak aper yg aku nak luahkan kat sini...
Hm..aper topik kita ek? Hahaha…part ni mungkin sensitif sikit..topik aku nak citer adalah berkaitan ngan lelaki..apa kekasih? Bukan…boyfriend? Bukan..eh, kekasih ngan boyfriend bukan sama ker? Ha cubalah teka apa kaitannya ngan lelaki kat sini? Keegoaan lelaki? Hm..ada sikit kaitannya..lagi2? apa agaknya yang korang teka? Pasal lelaki yang hensem? Bukan2…walaupun aku suka tengok laki hensem..tapi hanya memuji ok? Mcm lagu Shanty ngan Marcell tuh…aper? Tak tau apa dia yang aku nak citer? Ok,ok, aku bagi tahu…korang pernah dengar ayat kat bawah nih? Ayat ni adalah ayat yang aku selalu dengar dari insan yang bernama LELAKI!!!! Ayat dia berbunyi begini :
“Perempuan buat apa belajar tingi2? Last2 masuk dapur jugak nanti….”
Atau…korang pernah dengar ayat nih..
“Perempuan takyah kerja…nanti kawin kena jaga anak ngan suami gak kat rumah…”
Atau..ayat macam nih…
“Tak payahlah belajar tetingi…ko tunggu jer suami ko bagi ko makan pakai minum semua..senang…”
Ha..itulah serba sedikit ayat2 oleh lelaki yang aku kekadang dengar…aku rasa semua orang mesti pernah dengar ayat ni atau lebih kurang camtu dilafazkan sendiri oleh insan bernama lelaki ni kan?Kekadang tuh orang2 tua yang tak pentingkan pelajaran tuk anak perempuan dia pun sendiri yang akan cakap camtuh…hm..mesti bengang dengar dari mulut mak bapak sendiri cakap camtuh…kalo kengkawan boleh terima lagik..tapi kalo parent yang cakap…mahu sakit hati..tapi nasib baiklah mak bapak aku x camtuh…diorang tahu apa yang aku nak and dorg tak pernah halang..asalkan kita tahu jaga diri kita..sudah..tul x?
Ok, kita sambung balik apakah kaitan ayat2 kat atas tadi ngan apa yang aku nak bincangkan kat sini…LELAKI yang melafazkan ayat mcm tuh aku akan gelar LELAKI PREJUDIS…kenapa? Sebab dorang anggap sumer pompuan tak perlu belajar tetinggi atau kerja..bagi dorg, pompuan hanya layak duk rumah jaga anak, makan pakai dia and masak tuk family.. x perlu bekerja..huh? dia ingat dia saper nak rendah2kan taraf wanita? Maybe aku emosi bab camnih..memang aku x nafi tanggungjawab wanita setelah berumah tangga adalah jaga makan minum pakai family..tapi fikirkah dia? Kalau dapat suami yang tak guna? Tak boleh diharap? Tak reti2 nak simpan duit? Well, aku tak cakap semua laki camtuh..TAK SEMUA k? kebanyakannya….tapi cuba kita tengok kat Malaysia nih?
Kejadian kes merompak secara besar2an kat kedai2 emas, bank dan lain2 dilakukan oleh siapa? Lelaki atau wanita? Apa? Tak dengarlah..jawab2..Lelaki? Ya betul!!!!!!!!!! Jawapan anda memang tepat.. penagih2 dadah yang ditangkap oleh pihak berkuasa majority adalah lelaki atau wanita? Hah? Kuat sikit jawab tuh…Lelaki!!!!!!!!!!!! Ya betul!!!!!!!!!! Kes buli di sekolah2 yang sampai ada yang meninggal…pembuli tuh budak lelaki!!! Betul tak?????? Mat2 rempit, kaki lumba, kaki belasah orang..majoriti siapa? Lelaki lagi…Yang merosakkan anak2 dara orang yang kecoh2 dalam Mastika n internet saper? Kaum Adam gak…. Ha….so, apa kesimpulan yang boleh kita simpulkan kat sini? Sudah semestinya…agak2 kalo survey semua lelaki kat Malaysia nih..baper orang lelaki yang duk kat Penjara? (Nak ker korang kawin ngan bekas banduan?) Baper orang lelaki yang duduk kat Pusat serenti? (Penagih selalunya masuk 5,6 kali kat Pusat Serenti pun susah nak benti..hope insaflah..) Baper orang lelaki yang pernah merosakkan anak dara orang? (yang ni tanda2 akan curang memang ada..ntah2 AIDS pun ada..Ee..takutnyer..) Baper orang lelaki kaki buli and belasah? (Nak ke korang kena belasah ngan laki korang…terletak belacan dalam masakan pun dia nak tumbuk kita? Konon2lah..)Baper orang laki yang suka menyamun, mencopet, dan merompak? (Nak ke korang suami amik sumer barang berharga korang? Ni laki jenis nak senang tanpa berusaha..berusaha menyamun adalah..) Baper orang laki yang kuat berjudi? (adus..yang ni lagi takut….) paling panas sekali..baper orangkah Kaum Adam yang tak sedar diri yang dia tuh adalah Lelaki? Memilih untuk menjadi perempuan a.k.a Mak Nyah..auw..auw…lelaki dahlah semakin kurang..dikurangkan lagi dengan nak tukar jantina..pastu laki macho pun ada yg gay…di IPT-IPT Malaysia 70% studentnyer adalah Perempuan…(Rujukan Utusan Malaysia 06-03-07) Baper orang agaknya lelaki yang boleh dijadikan calon suami yang bertanggungjawab? yang boleh jaga makan pakai rumah tangga dia nanti? Yang bebetul boleh? Betul boleh?
hm…kat atas tuh kita boleh tau naper perempuan perlu belajar tinggi2…bukan sebab nak tinggi dari lelaki…bagi aku pemimpin tuh tetap adalah lelaki..sbb dalam Islam ada menyatakan Lelaki adalah pemimpin..so, dengan 9 akal dan 1 nafsu yang dianugerahkan Tuhan dorang memang layak…apa yang aku nak nyatakan kat sini…perempuan perlu bersedia..manalah tau kawin ngan jantan2 negatif yang aku sebutkan kat atas tadi tuh? Atleast kita tak mengharapkan duit dari dorg sangat..atleast kita dah bersedia utk menyara diri kita…secara tak langsung kita leh kick out lelaki2 tak guna camtuh…dan kalo kita dah kawin ngan lelaki yang baik untuk kita…Alhamdulillah..memang itu yang kita harapkan…baik atau aper2 sajer yang memuaskan hati kita…kalau ditakdirkan..ditakdirkan ek? Bukan mintak..ditakdirkan Suami tuh dah takder ker…hilang kerja ker..accident ker..kecacatan anggota badan tetiba ker..aper ker…camner ngan gaji dia? Ha.. kan masalah tuh…kita sebagai wanita yang layak untuk bekerja dan layak mendapat gaji yang boleh menampung keluarga akan membantu menyara keluarga kita jugak…kita kena bersedia…bersedia apa saja… cuba bayangkan.. kalo kita x der kelayakan yang baik…mungkin kita boleh kerja kilang…gaji setakat 500-700 sebulan..dengan nak bayar rumah, kereta, cukai pintu, bil air, letrik, telefon, road tax, makan, barang dapur, lampin anak semua2lah…cukup ker? Kalo time tuh suami kita kewangan stabil takper..ni dapat laki yang x stabil? Yang mcm aku sebut tadi? Camner? Itulah sebabnya bagi aku penting tuk perempuan belajar tinggi…kalo tak dapat atau x nak belajar tinggi pun..pastikan bakal suami kita tuh bebetul boleh atau mampu bagi makan pakai kita…kadang2 kat sinilah yang menjadi punca yang si Kaum Adam ni tak paham…bila dengar pompuan cakap..nak laki yang ada kerja tetap…dorang akan pikir…Pompuan tuhlah..materialistik!!! tengok? PREJUDIS lagik…lelaki oh lelaki…kenapalah dorang tak paham2…bukan materialistik..kita juz nak dorg tuh mampu bagi kita makan, minum, pakai, tempat tinggal dan lain2..tak kaya pun x per..atleast boleh hidup…kalo x kerja…nak bagi anak makan aper? Pasir? Tak ker bangang pikir camtuh? Salah ker pompuan nak tuh sumer? Kawin atas dasar cinta tapi x der duit? Menipulah tuh…. cinta ajer tak cukup…zaman kita bukan zaman dlu…bertani untuk makan sendiri.. amik air kat sungai/perigi tuk minum sendiri…memburu utk makan daging.. zaman dlu mana pikir nak bayar rumah, pinjaman, bank, kad kredit, road tax, kereta, cukai pintu, maintenance rumah etc…sekarang lain…dah tu, Lelaki sekarang bini x cukup sorang..ada hati nak kawin lain!!! Atas alasan sunnah Nabi…tang lain x nak plak ikut sunnah Nabi…bab kawin 4 nak plak ikut Sunnah…sunat lagik sekali kang…padan muka dorang…setakat batin jer mampu tapi wang tak mampu..x yah mimpilah nak kawin lagi…
Kekadang aku naik meluat tengok drama2 kat TV yang kawin atas dasar cinta..wang ringgit tak penting..yang penting adalah cintaku padamu..uwek!!!! nak muntah..menipu tul… cuba tengok..baper banyak pasangan yang dah berkawin bercerai kerana masalah kewangan? Pasal duit jer boleh bawak perang besar tau? X caya? Apa yang aku nampak lah kan…aku pernah dengar gak rungutan2 orang yang dah berkawin nih…
“Dulu masa akak kerja bestlah guna duit sendiri…sekarang dah kawin..nak beli macam2 pun kena pikir..yerlah..akak dah x kerja..guna duit suamilah kalo nak beli apa2 pun..nak minta kat dia…takut dia marah…kekadang bukan barang dapur ngan anak jer kita kena beli..kekadang tuh teringin gak nak beli make up, barang idaman lain…”
“Suami akak tuh tiap2 bulan kena bagi duit kat mak bapak dia..kalo tak bagi..mulalah mak bapak mentua akak tuh buat muka…pastu dilayannyer akan ni mcm orang asing..mcm bukan menantu dia…”
“pantang akak pakai barang kemas baru ker, baju baru ker, beg baru ker…sibuk keluarga suami akak tanya itu ini..mcm tak puas hati akak beli tuh sumer.. pastu mula ngumpat belakang cakap akak habiskan duit suami akak… kekadang malu pun ada sbb guna duit suami..family mertua mcm tak suker jer.. bagi dorang akak ni menghabiskan duit suami akak..walaupun kekadang tuh akak beli ngan duit akak sendiri.. malu… kekadang rasa mcm nak kerja cari duit sendiri.. beli barang sendiri..n tunjuk kat family mertua yang akak x abiskan duit anak dorang…”
“Bile suami akak bagi duit lambat sikit kat mak bapak dia.. mulalah mak bapak dia ingat akaklah puncanya..sebab akak minta lebih bulan nih.. yerlah.. kekadang tuh bajet terlebih nak beli itu ini… suami memang tanggungjawab dia… tapi, kalo gaduh ker aper ker.. mulalah suami akak ungkit semua pengorbanan dia..”
Ha!! Camner? Nampak tak? Bukan perang besar antara suami dan isteri jer… mak ngan bapak mertua pun leh masuk campur wa cakap sama lu…. Oleh itu, wahai lelaki2 di luar sana yang prejudis terhadap wanita tuh.. sila-sila…………lah ubah pemikiran anda…janganlah berfikiran cetek camtuh…. sesungguhnya anda seorang yang tidak berfikiran jauh…tau tak? Geram aku…aku kalo jumper laki camnih memang cepat melenting..tau2 jerlah orang mcm aku nih kan memang cepat melatah ngan benda2 yang merendah2kan aku…tapi kena ikut keadaan.. kekadang aku betah dengan cara halus, mcm gelak2 seronok2 tapi pada masa yang sama mesej yang diberikan tuh sampai kat jantan yang mcm tuh…kalo pompuan yang cakap camtuh plak? Lagi senang aku nak pengaruh sbb dia yang akan tau keadaan dia camner kalo aku explain keadaan2 tadi tuh…
Aku tak cakap semua laki teruk2..ada gak yang baik dan sensitif ngan pompuan…mcm ari tuh aku ada dengar kat radio yang sorg pendengar(lelaki) ni di call station radio tuh n cakap sendiri yang dia setuju mengenai pompuan kena berkahwin ngan lelaki yang mempunyai pekerjaan yang stabil…maknanya kat sini…lelaki tuh jugak bersikap terbuka dan memahami apa yang wanita mahukan..bukan sekadar MATERIALISTIK..tapi untuk meneruskan hidup setelah berumah tangga…. Ada jugak di kalangan kawan2 lelaki aku yang sekarang tengah berhempas pulas kumpul duit sebab dia pikirkan masa depan dia dengan bakal isteri dan anak2 dia nanti.. Apa yang aku nak sampaikan kat sini.. lelaki jgn pikirkan pompuan hanya duk dapur.. sama2 hidup kan.. sama2 jaga makan pakai pasangan masing2.. kalo kijer gaji x baper bagus sgt pun x per.. asalkan rajin.. rasa tanggungjawab ngan anak dan isteri.. aku x kisah dapat suami gaji rendah.. asalan gaji aku ngan 'dia' leh tampung keluarga.. hope dengan ijazah yang akan diperolehi dapat memberi rezeki kami sekeluarga.. (eh? aku belum kawin lagi tau? ni juz doa dan harapan aku.. :D)
Sekian..itu sahaja topik kita pada hari ini…kita jumpa lagi pada episod2 akan datang dengan topik2 yang lebih hebat dan menarik..pastikan anda setia bersama saya Iza Yanti di blog yang sama…ewwah!!! Berangan jadi hos plak…
K, daa n wassalam….